Pakatan Rakyat keluar dengan Pelan 100 hari.
"Tidak relevan. Negara akan bankrap sekejap saja"
Bukan takat itu saja dia cakap. Tengok berita pun punya banyak dia hentam. Tapi bila ajak debat, tidak relevan dia balas.
Kalau kau rasa kau itu betul sangat, tahu semua benda, kenapa Datuk Seri Anwar Ibrahim ajak debat kau cakap macam itu pula? Kecut testis barangkali.
Sahut lah cabaran DSAI itu. Buktikan lah yang DSAI itu memang salah. Yang nak belit-belit cakap benda lain buat apa? Bijak macam lembu betul.
"Kenapa saya harus takut berdebat dengannya? Saya adalah perdana menteri. Saya ada semua maklumat. Kalau saya dedahkannya... adoi... dia akan demam,” perli Najib sambil disambut gelak ketawa oleh lebih 7,000 peneroka di Felda Chemplak, Tenang hari ini.
Fuh, macam budak sekolah gebang dah sunat, tapi sebenarnya belum sunat lagi. Gebang saja lebih, apa pun tak ada. Tak apa lah, bagi lah DSAI itu demam. Demamkan lah dia dengan hujah kau itu. Aku nak sangat tengok.
"Perlukah saya berdebat dengannya? Tanya Najib dan kali ini disambut dengan jeritan “tidak” oleh para hadirin.
Orang Felda Tenang kata tidak, jadi kau tak payah nak debat lah? Pelik betul. Mana lah orang Felda itu tak kata "tidak". Kau datang lepas tu bagi itu bagi ini sebab pilihanraya, diorang seronok lah. Tak salahkan orang Felda itu, aku sokong dengan tindakan mereka. Tak apa, dia nak bagi, ambik sajalah. Tak semestinya wajib kena pangkah.
Jangan ingat semua orang bodoh lah Encik Najib. Orang sekarang ini dah boleh pikir. Common sense. Kalau orang itu kata itu ini, kau tak setuju. Orang itu pun mintak kau tampilkan ke depan, bagi bukti. Apa kau buat? Kau bagi bukti-bukti dia.
Bukannya kata tak relevan dan segala macam alasan lagi. Nak tipu budak UPSR boleh lah.
Sumber: Malaysiakini


No comments:
Post a Comment