Tajuk entri ini adalah pepatah. Pernah dengar? Maksud dia, pengetahuan adalah penting dalam satu-satu perjuangan. Sama macam dalam medan perang, perisik akan dihantar untuk dapat segala maklumat pasal pihak lawan dia. Lepas tu baru boleh nak atur strategi macam mana nak balas balik.
Kita orang biasa pun boleh buat. Kalau kau berada di pihak yang sama dengan aku, kau boleh tahu kan media-media anjing kerajaan yang ada dekat Malaysia ni.
Ya, ini lah media-media anjing kerajaan. Mengipas kerajaan dari muka depan sampai ke muka belakang.
Dalam banyak-banyak surat khabar anjing ni, aku selalu beli NST. Sebab dari aku kecil pun, family aku langgan NST. Arwah Tok Wan aku pun sama. Masuk asrama masa sekolah menengah pun, sekolah aku langgan NST. Ye lah, sekolah kerajaan kan.
Tapi jangan ingat aku ni anjing macam media-media ni jugak. Hm, anjing ni macam kasar kan. Tukar lah, kita panggil diorang TK = Tukang Kipas.
Dalam masa yang sama, Harakah pun ada jugak. Haa, baru boleh counter balik apa yang TK ni cuba brainwash kepala otak aku masa tu. Oh, sekarang pun aku masih beli Harakah.
Jadi, apa yang aku cuba sampaikan, kalau kita ni pembangkang, tak semestinya kita kena banned terus media TK ini. Apa yang TK ni gebang memang merepek, tapi ada juga info berguna. Benda yang dia gebang pun, kita kena tahu juga, tapi jangan terima bulat-bulat sudah. Sebab untuk kita tahu mana yang betul, kita kena tahu benda yang salah.
Oh ya, kalau kau nak beli surat khabar TK ni, tolong lah jangan beli Harian Metro. Itu surat khabar paling berinfo dalam dunia.
^Sarcastic in action.



No comments:
Post a Comment