Nampak kan aku buat tanda quote tu. Haa, jangan ingat aku yang cakap pula.
Itu adalah kata-kata dari Dato Ghani Osman, Menteri Besaq Johor. Dia cakap masa tengah bagi ucapan kepada pengundi bukan Islam sempena Thaipusam malam semalam. Baca lah di sini.
Baca dah? Kalau sudah, bagus. Orang Islam sendiri tak yakin dengan keadilan Islam, macam mana dia nak berlaku adil. Berlaku adil dengan berdasarkan Perlembagaan Malaysia? Peraturan yang ditulis oleh bekas penjajah kita dahulu? Kau silap.
Itu lah masalah orang sekarang. Lebih tepat lagi, ORANG ISLAM SEKARANG. Yang duduk Malaysia ni. Tak paham agama sendiri. Lepas tu cakap macam tahu habis. Dari kecil kita dididik yang Allah itu Maha Adil. Kenapa masih nak pertikaikan?
Kalau orang bukan Islam yang pertikaikan, aku boleh handle lagi. Nak buat macam mana, dah nama bukan Islam. Memang lah nak fire itu ini. Dia mana belajar Islam macam kita. Bak kata Uncle Chua Soi Lek;
" Normala will not come here to a Chinese temple, she doesn't even shake hands with the people. I have received complaints about this. She is like Anwar Ibrahim's wife. She wears gloves when she shakes hands. If you can accept this kind of Islamic value, go ahead and vote for PAS,"
Yes Uncle Chua, Islam teaches women in our religion to not so happily make skin contact with muhrim MEN. Men that can be married that is. Because any skin contact with muhrim MEN is haram. That is why she, Puan Normala, wears glove. Your UMNO friend in Barisan Nasional didn't tell ya? Guess not.
Dia tak tahu dan tak paham. Uncle Chua ni kena lebih banyak berkawan dengan orang Islam yang betul-betul paham. Kita jangan lah marah dia. Kasihan dia.
Yang patut kena marah, kawan-kawan Uncle Chua ni. Siapa lagi kalau bukan yang duduk satu kumpulan dalam BN tu? Orang UMNO lah. Haish. Apa ini. Kenapa boleh pula timbul isu macam ni. Kau orang UMNO ni pun, pergi lah beritahu dia. Nak orang PAS cakap? Boleh tak ada hal. Tapi bila PAS bagi penjelasan, jangan lah cakap PAS nak putar belit pula. Orang nak jelas elok-elok. Nanti kata alasan lah, itu lah, ini lah.
Ini lah yang berlaku dalam kempen di Tenang sekarang ni. BN asyik nak guna modal "DIORANG NAK BUAT NEGARA ISLAM, HABIS LAH KAU!!". Mereka ini patut belajar sejarah pembentukan negara pembentukan negara Islam Madinah oleh Nabi Muhammmad.
Kebenaran yang nyata adalah nyata.
1 comment:
nh la silap nye bile x amalkan pe yg d ajar oleh Rasullullah..
t'lalu taksub ngn pangkat smpai x tau cmne Rasullullah mnyatukan umat islam n bkn islam dlm sbuah ngare islam dulu...
kene belajar balik sirah rasul..
Post a Comment