Tuesday, January 11, 2011

Bob Lokman pergi solat hajat di Stadium Malawati



Alhamdulillah.


Sedang berduyun-duyun artis, komposer, penyanyi pergi Juara Lagu 25, Bob Lokman pergi solat hajat dekat stadium Malawati. Solat hajat mula pukul 8 pm, hari yang sama; Ahad.


Gambar dari Milo Suam.






Bagus kan.


Dulu aku ingat kalau artis dalam Malaysia ni semua tukang kipas kerajaan. Rupanya aku salah. Jangan risau, bukan Bob Lokman saja yang sedar akan kebengongan negara sekarang ni, dah ramai dah artis-artis yang sedar. Tapi itu lah, takkan diorang nak tunjuk kan? Syarikat yang diorang kerja pun asyik nak ampu BN-UMNO saja.


Gambar ni aku ambik dari blog Milo Suam. Sedang seronok aku baca komen-komen entri pasal Bob Lokman ni, ada pula satu komen yang teramat lah aku nak ROFLMAO.


"Perjuangan Islam yang sebenar adalah melalui UMNO!

Hidup Melayu! Hidup Melayu! Hidup Melayu!
PAS = Parti Ajaran Sesat @ Parti Anak Setan
Kesian bob tersalah pilih jalannya...
semoga diberi hidayah!"


Hm..aku tak tahu lah nak cakap apa dah. Kata pejuang Islam yang sebenar, tapi teriak "Hidup Melayu". Baru lepas hisap ganja kot. Yang paling cannot go, siap mintak Bob diberi hidayah tu. Speak for yourself.


Dia ingat masuk syurga kalau dia Melayu.






p/s: Kalau Encik Milo baca ni, maaf lah kalau aku tak letak link dalam komen tu. Sebab bila nak letak, dia tak boleh pulak. Terimas ye :3

2 comments:

Relevan said...

Alhamdullilah !

hafszach said...

Ayat mamat tu sama jer mcm ayat mahathir dan ayat Najib... dan lebih kurang sama juga dgn ayat Sammy Vellu